Jawatan Kosong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Negeri Sarawak

 

HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG PERSONEL MySTEP DI BAWAH INISIATIF MALAYSIA SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAMME GRED 19 BAGI TUJUAN PEMANTAUAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM JUALAN RAHMAH DI KPDN SARAWAK TAHUN 2023

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.   Dengan ini dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Negeri Sarawak ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi EMPAT BELAS (14) kekosongan Jawatan MySTEP Gred 19 seperti yang dilampirkan. Mohon kerjasama tuan/puan untuk menghebahkan iklan tersebut kepada individu yang berminat.  Permohonan boleh dibuat secara bersurat dan sertakan resume lengkap bagi tujuan proses pengisian jawatan.

3.   Bersama ini disertakan iklan Jawatan Kosong dan syarat jawatan untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak tuan/puan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Mat Yassin (082-537723 samb.223) atau En. Grey (082-537725 samb. 225).






Post a Comment

0 Comments