Semakan Panggilan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Pendidikan Gred DG41 Secara One-off 2021 (Fasa 2)

Semakan permohonan SPP bagi calon yang membuat permohonan Pengambilan Khas Pegawai Pendidikan Gred DG41 secara One-Off 2021 telah dibuka untuk fasa 2. Untuk makluman temuduga Pengambilan Khas Pegawai Pendidikan Gred DG41 ini telah dilaksanakan secara berperingkat dan kini telah dibuka untuk panggilan fasa ke 2 setelah fasa 1 baru sahaja melabuhkan tirainya. Oleh itu, bagi calon yang telah memohon bolehlah membuat semakan masing-masing.




Maklumat Semakan Temuduga

Tarikh mula semakan : 3 Oktober 2021 (Ahad)

                                                       

Opsyen Temuduga Bagi Fasa 2

1. Bahasa Inggeris

2. Bahasa Melayu

3. Bimbingan dan Kaunseling

4. Grafik Komunikasi Teknikal

5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

6. Pendidikan Khas

7. Pendidikan Seni / Seni Visual

8. Reka Cipta

9. Sejarah  

 Cara Membuat Semakan

Klik pautan "SEMAKAN TEMUDUGA" di bawah dan masukkan nombor kad pengenalan calon pada laman web semakan yang dipaparkan. Kemudian tekan butang "HANTAR" bagi mendapatkan maklumat berkaitan temuduga bagi Pengambilan Khas Pegawai Pendidikan Gred DG41 secara One-off 2021 Fasa 2 anda. 

 

SEMAKAN TEMUDUGA

Post a Comment

0 Comments